Tuesday, July 8, 2014

Berikan Tajuk Dokumen dengan Betul



Saya sering mendapat dokumen yang diberi tajuk seperti ini:

proofreading.docx

for edit.docx

submit to editor.docx

Tajuk-tajuk seperti ini tidak membantu editor dalam dokumentasi beliau. Kebarangkalian untuk klien beliau yang lain meletakkan tajuk yang sama adalah tinggi.

Sebaik-baiknya letakkan tajuk dokumen dengan tajuk yang berkaitan dengan isi kandungan dokumen. Contohnya:

Sea turtle extinction to edit.docx

Pollution in Malaysia for proofreading.docx.

Financial problems among academics.docx

Lebih baik jika Tuan letakkan juga nama Tuan dalam tajuk dokumen. Contohnya:

Pharmacology of insulin Ehsan.docx

Thesis SDLC Mohd UTHM.docx

Article for Journal Hospitalisation Farah UM.docx

Langkah seperti ini bukan sahaja membantu editor, tetapi membantu klien sendiri bagi menguruskan dokumentasi masing-masing.

1 comment:

  1. Terima kasih. Blog tuan amat banyak membantu. Kami amat menghargainya.

    ReplyDelete