Thursday, July 10, 2014

Letakkan Tajuk Emel dengan Betul

Ada kalanya saya memperoleh emel yang diletakkan "Assalamualaikum" atau "Salam" sebagai tajuk emel.

Biasanya emel seperti ini saya anggap sebagai spam, kerana memang itulah antara ciri-ciri emel spam yang terlepas tapisan spam.

Namun, mujur paparan emel menunjukkan petikan awal kandungan emel. Bolehlah saya tahu bahawa emel itu bukan emel spam.

Rupa-rupanya penghantar emel mahu mendapatkan khidmat daripada saya.

Bukankah mudah untuk memberi tajuk emel seperti berikut:

proofreading

minta khidmat

tolong semak

Namun saya lebih gemar dengan klien yang rajin menulis tajuk emel dengan lebih kemas, seperti berikut:

Mahu Mendapatkan Khidmat Penyuntingan

Sebut Harga Khidmat Penyuntingan

Bantuan Proofreading untuk Artikel Jurnal

Urgent Perlu Semak Segera

Cadangan untuk entri akan datang:

  1. Serlahkan imej diri melalui emel.
  2. Kepentingan meletakkan signature dalam emel.

No comments:

Post a Comment