Wednesday, July 9, 2014

Jadual dan Gambar Rajah Perlu Disertakan

Ada kalanya klien mahu mengurangkan kos pada pihak mereka. Oleh itu, mereka tidak menyertakan dokumen yang lengkap dengan jadual dan gambar rajah.

Kesannya, editor mungkin akan menghadapi masalah untuk memahami teks dengan baik. Hal ini kerana jadual dan gambar rajah memberi maklumat lanjut tentang perbincangan dalam teks.

Tambahan pula, editor turut menyemak jadual dan gambar rajah. Hal ini termasuklah menyelaraskan ejaan dan kandungan jadual dan gambar rajah dengan kandungan teks.

Bukankah pelik sekiranya terdapat ketakselarasan antara teks dengan jadual dan gambar rajah?

Contohnya ialah teks yang menggunakan ejaan UK English, manakala jadual dan gambar rajah pula menggunakan US English.

Oleh itu, sertakan sekali jadual dan gambar rajah dalam dokumen Tuan.

Tuan sudah pasti mahukan khidmat terbaik daripada editor. Oleh itu, sertakan sekali jadual dan gambar rajah agar tahap kefahaman editor tentang dokumen Tuan berada tahap tertinggi.

Sebelum sunting, kena faham dahulu.

Entri akan datang:

  1. Mengapakah saya memilih untuk tidak menyemak senarai bibliografi?

No comments:

Post a Comment