Thursday, July 10, 2014

Kaedah Menaip Pantas bagi Dokumen Teknikal yang Mempunyai Istilah yang Panjang dan Kerap Digunakan

Dalam bidang biologi dan kimia (dan tidak terhad pada kedua-dua bidang ini sahaja), ada banyak istilah saintifik yang ejaannya sukar diingat.

Mungkin, Homo sapiens sudah ramai yang tahu, tapi bagaimana pula dengan Daubentonia madagascariensis?

Mungkin methanol mudah ditaip, tapi bagaimana pula dengan triphenyltin(IV) benzylisopropyldithiocarbamate?

Bolehkah kita mengingati ejaan itu dengan mudah? Jika boleh, berapa kerap pula kita akan tersilap mengejanya atau menaipnya?

Kaedah copy and paste istilah-istilah ini mungkin biasa digunakan. Penat juga jika setiap kali mahu guna istilah itu, perlu copy and paste.

Usah khuatir kerana ada kaedah yang lebih pantas. Tidak perlu tanda istilah yang panjang itu dengan tetikus. Hanya taip singkatan yang unik sahaja.

Mari belajar kaedah untuk mengelak daripada kerap tersilap menaip sekiranya dalam artikel kita mengandungi banyak pengulangan istilah teknikal yang panjang.

Ambil contoh triphenyltin(IV) benzylisopropyldithiocarbamate. Dalam artikel yang saya sunting, selain triphenyltin(IV) benzylisopropyldithiocarbamate, ada juga triphenyltin(IV) methylisopropyldithiocarbamate dan triphenyltin(IV) ethylisopropyldithiocarbamate.

Contohnya, saya tetapkan seperti berikut:

tbd untuk triphenyltin(IV) benzylisopropyldithiocarbamate
tmd untuk triphenyltin(IV) methylisopropyldithiocarbamate
ted untuk triphenyltin(IV) ethylisopropyldithiocarbamate

Lalu, ikuti langkah berikut dalam MS Word:

  1. Klik Insert.
  2. Klik Symbols.
  3. Klik More symbols...
  4. Klik AutoCorrect...
  5. Masukkan tbd dalam Replace.
  6. Klik pada Plain text
  7. Masukkan triphenyltin(IV) benzylisopropyldithiocarbamate dalam With.
  8. Tekan Add.
  9. Tekan OK.
Sekarang cuba taip tbd dan tekan space bar atau Enter. Bling! triphenyltin(IV) benzylisopropyldithiocarbamate terus keluar, bukan?

Sekarang cuba masukkan tmd dan ted pula.

Cadangan untuk entri akan datang:

  1. Mahu huraikan lebih lanjut tentang singkatan yang unik.
  2. Bagaimanakah kaedah ini saya gunakan untuk mempercepat kerja saya sebagai editor?
  3. Bagaimanakah kaedah ini boleh digunakan dalam jenis-jenis dokumen lain (contoh: novel, artikel umum, dsb.)?
  4. Kesilapan menggunakan simbol tolak dan simbol darjah Celsius.



No comments:

Post a Comment