Saturday, July 12, 2014

one of the [plural]

Salah satu kesilapan lazim dalam kalangan penulis artikel akademik adalah pada penggunaan "one of the".

Sepatutnya, selepas frasa itu, ia perlu diikuti oleh noun atau phrasal noun yang plural.

Contoh:

one of the students

one of the successful companies

Editor amat sensitif apabila terjumpa frasa "one of the". Sebaik terjumpa, editor akan pastikan noun seterusnya mestilah plural.

Mengapa perlu plural?

Apabila kita menyebut "one of the", kita berkata tentang satu daripada bahagian yang banyak. Apabila banyak, sudah tentulah noun-nya perlu plural.

Hal ini tidak seperti dalam BM yang tidak mementingkan kejamakan sesuatu kata nama apabila kita berkata tentang satu daripada bahagian yang banyak.

Contoh:

salah satu perkara (perhatikan one of the things...)

salah seorang pemimpin (perhatikan one of the leaders)

Kita tidak sebut seperti yang berikut dalam BM:

salah satu perkara-perkara

salah seorang pemimpin-pemimpin

Apabila kita sebut salah satu atau salah seorang, pembaca BM sudah pun tahu bahawa penulis berkata tentang lebih daripada satu atau seorang.

Itulah beza antara BI dan BM

No comments:

Post a Comment