Wednesday, July 23, 2014

Tanda Dengan Comment Balloon, Bukan Highlight



Penulis tesis menggunakan bermacam-macam cara untuk merujuk semula bahagian yang mereka belum siap. Dengan kata mudah, mereka KIV-kan dahulu bahagian itu.

Ada yang mengubah warna font supaya berbeza daripada font hitam lain.
Ada yang mengubah saiz font.
Ada yang meletakkan warna cerah mahupun gelap (highlight).
Macam-macam lagi.

Namun bayangkan jika tesis itu ada 300 halaman. Mampukah untuk mencari satu persatu bahagian yang akan dirujuk semula itu?

Mahukah Tuan sekiranya saya tunjukkan cara untuk meng-KIV-kan bahagian tertentu dengan mudah?

Caranya, gunakan comment balloon.

Langkahnya:
  1. Buka dokumen tesis Tuan.
  2. Pergi ke halaman yang Tuan yang KIV-kan itu.
  3. Tanda pada tajuk/subtajuk/perenggan/ayat/perkataan yang Tuan mahu KIV-kan.
  4. Klik tab Review.
  5. Klik New Comment.
  6. Comment balloon (biasanya) akan muncul di sebelah kanan skrin (bergantung pada tetapan MS Word masing-masing).
  7. Letakkan kata-kata yang menunjukkan bahawa Tuan akan merujuk kembali bahagian berkenaan.
Bayangkan Tuan sudah siap menulis draf tetapi masih ada 10 bahagian yang Tuan KIV-kan sebelum ini.

Tuan tidak perlu seret dari halaman ke halaman untuk mencari 10 bahagian berkenaan satu persatu. Sebaliknya, Tuan hanya perlu ikuti langkah berikut:
  1. Buka dokumen tesis Tuan.
  2. Klik tab Review.
  3. Klik Next.
Menerusi langkah ini, Tuan akan terus dibawa ke halaman yang mengandungi bahagian KIV yang pertama. Untuk bahagian KIV yang seterusnya, klik sahaja Next, dan begitulah seterusnya.

Cadangan entri akan datang:
  1. Cara untuk memadam semua comment sekali gus.
  2. Tidak semestinya bermula dengan klik Next. Boleh sahaja bermula dengan Previous.

No comments:

Post a Comment